Monday, February 14, 2011

Ikan Kap

Ikan Kap

Ikan Kap, atau ikan Kap biasa, adalah nama umum bagi pelbagai jenis ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae, satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah. Sesetengah orang menganggap kesemua ikan siprinid sebagai kap dan keluarga Cyprinidae itu sendiri dikenali sebagai keluarga kap. Bagaimanapun, bagi kegunaan harian, kap biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar siprinid seperti Cyprinus carpio (kap biasa), Carassius (kap Crucian), Ctenophaaryngodon idella (Kap Rumput), Hypophthalmichthys molitrix (Kap Perak), dan Hypophthalmichthys nobilis (Kap Kepala besar). Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis Ikan Mas dan Kap biasa yang dipelihara yang dikenali sebagai Ikan Koi. Akibatnya, ikan Kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil.


  • Ikan Kap, (Acrossocheilus hexagonolepis.)
  • Kap Lumpur, (Cirrhina molitorella )
  • Kap Rumput, (Ctenopharyngodon idellus)
  • Kap Hitam, (Mylopheryngodon piceus)
  • Kap Perak, (Hypophthalmichthys molitrix)

Friday, February 11, 2011

Sebarau ( Hampala barb)

Sebarau

Hampala macrolepidota
(Hampala barb, jungle perch, kasoop)



Sebarau merupakan sejenis ikan pemangsa yang aktif mencari mangsa di kawasan jeram, air sungai yang bergerak pantas dan dikawasan air yang berarus. Sebarau boleh mencecah berat dari 3 Kg hingga 7Kg bergantung pada kawasan habitatnya.

Terdapat pelbagai teknik untuk menarik ikan pemanggsa ini. Ia bergantung pada jenis gewang, warna dan keadaan air yang berarus, saiz yang biasa menghentam gewang adalah diantara 500gram hingga 3 Kilogram.

Lokasi Sebarau terjerat

Cari kawasan batu tambak kerana buasanya sebarau juga bermain dikawasan tersebut

kawasan yang berbatu seperti dibawah juga tempat yang disukai sang sebarau, yang pasti air tersebut mestilah mengalir. Air mestilah tidak keroh dan sesuai untuk anda melakukan lontaran


Kawasan Jeram Yang Berbatu

Kawasan Reba



Kawasan Sungai Yang Mengalir

Gewang Sebarau

Gewang Sebarau

Sebarau memang gemar akan tempat-tempat yang berarus iaitu kawasan air yang mengalir. Ia merupakan pemangsa yang gemar mengejar anak-anak ikan yang bermain dikawasan air yang berarus.

Saya diajak oleh sahabat saya untuk melihat sendiri bagaimana bapa beliau menjinakkan Sang Sebarau, sebelum ini saya hanya melihat sebarau yang berada di dalam Akuarium sahaja.

Seandainya dilihat dari sudut yang remeh, saya tidak menyangka bahawa sungai yang saya lihat itu mempunyai Sang Pemangsa yang agresif sedang mengejar anak-anak ikan. Ini kerana sungainya tidaklah dalam, namun air sungainya mengalir pantas dan airnya tidaklah terlalu keroh.


Sebarau Yang Menghentam Gewang waktu air bukit turun

Set Rapala Yang Menjadi Koleksi Kaki Pancing Yang Tegar

Asas utama gewang ialah kita perlu mengenali spesies buruan. Sebarau yang diketahui mendiami sungai, empangan dan tasik boleh membesar sehingga 4 kilogram. Namun jarang sebarau dapat mencapai tahap ini kerana tangkapan berlebihan. Saiz yang lumrah diperdaya dengan gewang adalah 500 gram hingga 1.5 kilogram.

Untuk sebarau 200 gram hingga 500 gram, cuba gewang kecil 5 sentimeter atau dipanggil gewang mikro tanpa mengira apa jenama, murah atau mahal boleh digunakan. Sebagai contoh gewang popular jenama Rapala Tail Dancer, Countdown, Fat Rap, X-Rap dan Skitter Pop.

Set pancing aksi ringan paling baik digunakan. Perhatikan struktur tempat ikan bermain. Kalau air cetek guna gewang selaman cetek atau permukaan manakala kalau air dalam boleh pakai gewang selaman dalam seperti jenis Minnor. Warna gewang turut memainkan peranan terutama warna yang seakan ikan sasaran. Warna oren mendominasi pilihan pemancing kerana ia seakan warna anak toman/haruan. Sebarau memang pantang melihat anak toman. Warna gewang oren, merah atau emas mudah dan cepat diterjah.

Bagaimanapun pengamatan saya, warna selain oren atau kekuningan turut dihentam sebarau asalkan kena pada tempat dan masa. Seni lontaran, gaya karauan dan halaju karaun gewang turut memainkan peranan meningkatkan sambaran. Jangan terlalu banyak melakukan lontar membabi buta kerana bimbang itu akan menakutkan ikan serta memberi impak terhadap minat ikan menerjah gewang.

Seperkara lagi, jika kita pergi trip memancing seboleh-bolehnya jangan hanya membawa satu gewang. Bawa pelbagai jenis dengan kombinasi dan warna berlainan setiap satu. Buat penilaian melalui pengalaman sendiri.




Sebarau suka menghentam anak seluang, namun ia bergantung pada keadaan kawasan tersebut. ada yang mengatakan ia juga gemarkan anak toman.


beliau yang sedang tumpang glamour



Saturday, February 5, 2011

Memancing Ikan Air Tawar







Memancing Berhampiran dengan Jambatan Lebuhraya Jabor.
Antara Ikan-ikan yang kami perolehi







Share |

Popular Posts